Lautan Hindi Adalah Tempat Paling Menyeramkan DiDunia




Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung MalaysiaIndonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.


SYDNEY 21 Mac - Operasi pencarian dua objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi merupakan satu kawasan yang paling terpencil dan paling menakutkan di planet bumi, terletak berhampiran pinggir benua Antartika.
Operasi mencari yang diketuai Australia untuk mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing 777, yang hilang pada 8 Mac lalu itu tertumpu sepanjang perairan 2,500 kilometer dari barat daya Perth.
Kawasan itu kurang dilalui trafik maritim, dan apabila kapal-kapal dagang dimaklumkan tentang penemuan dua objek di kawasan itu oleh satelit pada Selasa lalu, kapal dagang yang paling hampir dengan kawasan itu mengambil dua hari perjalanan untuk sampai ke situ.
Ia merupakan kawasan yang sentiasa dilanda angin kuat dan sering dilanda ombak besar.
"Ia keadaan yang menakutkan, apabila kamu sampai di situ... pengaruh Antartika sangat kuat apabila menghampiri kawasan lautan itu," kata Erik van Sebille, seorang jurugambar samudera dari Universiti Sydney di New South Wales.
Van Sebille yang berada di atas kapal penyelidik di kawasan itu pada Disember lalu berkata, malah dalam keadaan tenangpun kawasan perairan itu sangat mencabar dan dengan ketibaan musim luruh di selatan hemisphere, cuaca akan bertukar menjadi semakin buruk.
"Ia bukan satu kawasan yang kamu suka untuk tinggal lama-lama di situ, seperti selama berminggu-minggu untuk mencari sebuah pesawat di situ," katanya kepada AFP.
Kekuatan ombak dan arus juga boleh menjejaskan usaha mencari objek tersebut, kata pakar samudera itu, dengan imej satelit mengenai kemungkinan serpihan pesawat itu menunjukkan objek-objek itu dihanyutkan arus dan ombak setinggi gunung.
"Terdapat angin yang terlalu kuat di kawasan itu, ombak yang terlalu tinggi. Malahan arus di bahagian itu merupakan antara yang paling deras di dunia," kata van Sebille.
Katanya, sebarang serpihan yang mungkin daripada pesawat itu mungkin telah dibawa arus sejauh 1,000 kilometer dari tempat jet itu didakwa terhempas, menyebabkan kerja-kerja untuk menjejaki semula tempat jet itu terhempas semakin sukar.
Operasi mencari MH370 sangat sukar berbanding mencari pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009 yang mengorbankan 228 nyawa.
Tetapi ketua penyiasatan misteri kehilangan MH370, Alain Bouillard berkata, usaha mencari kali ini lebih sukar lagi memandangkan ketika nahas AF447 pegawai-pegawai Perancis tahu kedudukan pesawat itu empat minit sebelum ia terhempas.
Bagaimanapun, Van Sebille berkata, jarang terdapat banyak serpihan di kawasan itu.
" ... ia mungkin serpihan pesawat itu atau mungkin serpihan dari kapal-kapal lain yang lalu di lautan itu, tetapi sebenarnya tidak banyak kapal yang lalu di situ," katanya.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Wah Kwong Maritime Transport Holdings yang berpangkalan di Hong Kong, Tim Huxley mengulas mengenai zon pencarian itu: "Ia bukan ditemui di laluan yang kita harapkan.’’
"Ia kawasan yang terpencil, terlalu sunyi di bawah sana (selatan Lautan Hindi," tambah beliau. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...