Hantu Hutan (Kisah Seram)





Hantu Hutan (Kisah Seram) | Saya Hyqel. Saya ingin berkongsi pengalaman yang agak menyeramkan yang pernah saya betul-betul alami. Pada waktu itu, saya di menengah satu. Sekolah kami telah menganjurkan kem riadah untuk kami di Sentosa. Ada orang kata, Sentosa tu berhantu. Apabila berada di sana, saya berasa amat selesa dengan suasana di sana tetapi apabila suasana sudah kelihatan gelap, seram sejuk dibuatnya.

Pada malam itu, kami diberitahu bahawa kami harus memasuki hutan "Dragon Trail" pada pukul 10 malam. "Dragon Trail" itu ialah nama yang diberikan kepada hutan tersebut. nak tahu, apabila kami semua berada di hadapan "Dragon Trail itu", ada terletak dua naga di sebelah kiri dan kanan kami. Kami juga diberi amaran bahawa kami harus berani memasukinya, dan semestinya ada risiko. Saya berasa tidak sedap hati tapi apa yang saya boleh buat? Kalau saya tinggalkan tempat itu, mana jalannya ke kawasan perkhemahan? Jadi saya beralah dan mengikut mereka. Apabila berada di dalam "Dragon Trail" itu, kami disuruh memegang tangan rakan kami supaya kami semua tidak hilang.

Selepas 5 hingga 10 minit kami berjalan dalam kegelapan hutan itu, sedang saya mula menyuluh lampu suluh saya ke sana dan ke sini, saya ternampak dengan mata saya sendiri - Ada makhluk mukanya merah sekali, matanya seperti dikorek oleh orang dan dibalut dengan kain putih. Tidak jauh daripada saya. Cuma 3 meter saja jarak jauhnya!!! Dia sedang melihat ke arah belakang. Jadi saya terus berbisik kepada kawan saya "Eh, kau tengok tu. Seramlahh..." Kawan saya tidak menjawab lalu melihat ke lantai. Saya bisik kepadanya sekali lagi. Dia menjawab," Aku tak nak tengoklah. Daripada tadi seram sejuk dibuatnya... "

Saya pun diam dan terus menuju ke hadapan dengan menoleh ke belakang untuk melihat "benda" itu sekali lagi. Hairannya ia hilang entah ke mana. Saya terus menoleh ke hadapan. Saya baca apa-apa ayat suci yang saya tahu. Itulah pengalaman saya. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...