Kod lemak babi
Rasionalnya sejak turun-temurun BABI dianggap binatang paling hina di seluruh dunia. Islam merupakan satu agama yang benar dan mulia di sisi Allah SWT. Sebab itulah orang-orang yang mulia tidak akan memakan binatang dan daging yang hina lagi menjijikkan.
Babi juga adalah binatang yang menjadi agen atau pembawa kepada banyak jenis KUMAN dan VIRUS yang boleh menjadi penyakit MERBAHAYA kepada manusia.
Ia ialah pembawa sebenar cacing Pita yang boleh membawa MAUT.
BACA >>> BAKTERIA DAN MAKHLUK HALUS MENGERIKAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BADAN BABI!
Dr. Yoshihiro Kawaoka
Di akhir kajian tersebut, mereka telah mengistiharkan bahawa babi sebagai “MIXING VESSEL” atau “BAHTERA PENGUMPULAN PELBAGAI KUMAN” sebagaimana yang diterbitkan di dalam Journal of Virology, 1997.
Selain daripada itu, babi juga didapati tidak mempunyai leher untuk disembelih sebagaimana haiwan-haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman dari dalam badan haiwan itu tidak dapat dikeluarkan.
Menurut ajaran Islam, darah binatang adalah NAJIS. Kemungkinan faktor ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya VIRUS di leher babi sebagaimana pendapat Saintis tersebut.
Agama Islam telah menerangkan bahawa babi berkait rapat dengan Iblis. Ini merupakan kepercayaan kuno yang tidak mustahil dan ada kebenarannya.
Kita ambil petikan kisah Nabi Nuh sewaktu seluruh dunia ditenggelami banjir. Iblis turut berada dalam bahtera tersebut.
Oleh kerana terlalu lama di atas bahtera, segala kotoran haiwan, manusia dan sampah-sarap bersepah di merata tempat. Akhirnya Nabi Nuh meminta pertolongan dari Allah SWT untuk membersihkannya, lalu Allah SWT menyuruh Nabi Nuh mengusap kepala seekor gajah dan terciptalah tikus yang memakan segala kekotoran tersebut.
Semasa kejadian itu, Iblis pun turut berbuat demikian lalu terciptalah BABI.
No comments:
Post a Comment